EBOOK

12 Tips Urus Bisnes Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Daftar sekarang untuk dapatkan ebook ini secara percuma.

 

 

*TERHAD UNTUK 100 ORANG PERTAMA SAHAJA

Ketika ini, seluruh dunia sedang dilanda wabak yang masih lagi belum dijumpai penawarnya, iaitu COVID-19. Virus yang didakwa bermula di Wuhan, di wilayah Hubei, China dan kemudiannya merebak ke seluruh dunia. Wabak yang telah diisytiharkan sebagai pandemik ini telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia dan membuatkan kehidupan kita menjadi kucar-kacir.

Negara kita (Malaysia) adalah di antara negara paling awal mendapat tempiasnya sebelum menjadi “simbahan” virus ini sehingga kesannya, kita semua diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 dan PKP ini telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Tidak mustahil untuk ia dilanjutkan lagi sekiranya kita tidak bekerjasama dengan duduk di rumah agar virus ini dapat dikawal.

Namun, kesannya? Semua industri terkesan teruk kerana perlu menutup premis-premis perniagaan dan aktiviti pengilangan terpaksa diberhentikan melainkan industri yang dibenarkan beroperasi. Semua ‘value chain’ terputus. Yang paling parah ialah apabila ramai duduk di rumah dalam keadaan takut dan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Saya percaya ada di antara anda yang membaca ebook ini sekarang adalah antara usahawan yang bisnesnya terkesan di mana anda pun dah keliru dan tak tahu macam mana lagi anda nak terus pastikan bisnes anda mampu survive dalam krisis COVID-19 ini. Saya juga pasti anda dah tahu tentang usaha yang diambil oleh pihak kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dan usahawan yang terjejas melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Tetapi penting untuk saya dan juga RichWorks membantu anda. Jadi dalam ebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

Tak kira sama ada anda baru menjalankan bisnes atau sudah lama menjalankan bisnes, penting untuk anda ambil berat tentang langkah-langkah yang saya akan kongsikan.